CARTA ALIR KEMASUKAN MURID
KE
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
TATACARA KEMASUKAN MURID BAHARU KE PPKI
1. Berumur 7 tahun
(sekolah rendah) dan 14 tahun (sekolah menengah) pada tarikh permohonan.
2. Borang yang
tidak lengkap dianggap GAGAL.
3. Disahkan oleh
doktor pakar kanak-kanak dngan menggunakan borang pemeriksaan doktor yang
disediakan. Setiap butiran tepat dan
menerima pemeriksaan yang terperinci. (laporan doktor diwajibkan. Borang pemeriksaan boleh didapati di Unit
Khas JPN, Pejabat Pendidikan Daerah – U.P.: Pen. PPD Pendidikan Khas ).
4. Pemerosesan
borang dilakukan oleh Unit Pend. Khas JPN dan calon yang layak akan dihantar
untuk ditemuduga oleh ahli panel yang akan menentukan sama ada calon layak atau
tidak layak untuk ditempatkan ke Program Pendidikan Khas Integrasi. (Prosedur
ini terkecuali untuk calon bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan).
5. Keputusan
temuduga akan diserahkan ke JPN untuk urusan tawaran penempatan. Tawaran penempatan hanya akan dibuat kepada
calon yang layak sahaja. Ciri-ciri calon
yang layak diterima adalah;
i. Boleh urus
diri tanpa bantuan orang lain.
ii. Tiada
kecacatan fizikal yang teruk.
iii. Tidak
mengalami masalah sikap / tingkah laku luar biasa seperti hiperaktif (yang
sukar dikawal), ganas atau masaalah mental yang teruk.
iv. Tidak
mengalami sebarang penyakit dalaman seperti sawan kronik, jantung dan
lain-lain.
6. Calon yang
layak akan ditempatkan ke program integrasi yang berhampiran dan sesuai
bergantung kepada kekosongan tempat pada ketika itu. Sekiranya tiada kekosongan tempat, calon
dianggap sebagai calon menunggu.
7. Setiap calon
yang telah ditempatkan akan menjalani tempoh percubaan selama 3 bulan. Pihak sekolah / penyelaras program akan
membuat laporan mengenai perkembangan sikap dan prestasi pembelajaran murid
tersebut. Sekiranya layak, murid
tersebut akan mengikuti pembelajaran seterusnya. Bagi murid yang gagal selepas tempoh
percubaan, pihak sekolah akan membuat cadangan penangguhan kepada pihak JPN,
dan pihak JPN akan mengeluarkan surat penangguhan.
8. Bagi murid
yang gagal di peringkat temuduga atau tempoh percubaan, boleh memohon semula
sekiranya murid tersebut telah melalui pemulihan seperti di Pusat Pemulihan
Dalam Komuniti (PDK) atau agensi swasta lain.
9. Had umur
pembelajaran murid di program integrasi adalah;
i.
Sekolah rendah – 7 hingga 13 tahun.
ii.
Sekolah menengah – 14 hingga 19 tahun.
Walau bagaimanpun prestasi bulanan setiap murid akan
menentukan tempoh pembelajarannya.
Sekiranya pada satu-satu tempoh itu, murid menunjukkan prestasi yang
menurun dan menimbulkan masalah kepada sekolah (guru dan rakan sebaya), maka
murid berkenaan boleh disarankan direhatkan / ditangguhkan bagi satu tempoh
masa sehingga murid berkenaan menunjukkan sikap, kelakuan dan minat yang
positif.
PERTUKARAN MURID PENDIDIKAN KHAS
1. Pertukaran
murid pendidikan khas hendaklah menggunakan borang pertukaran biasa (dalam
negeri / luar negeri). Borang tersebut
hendaklah dihantar terus ke Unit Pendidikan Khas JPN untuk diproses dan
tindakan selanjutnya.
2. Pertukaran dan
penempatan yang tidak melalui Unit Pendidikan Khas JPN akan mengakibatkan murid
tersebut ditempatkan di kelas biasa.
3. Borang
pertukaran boleh didapati di semua sekolah dan hendaklah ditandatangani oleh
Guru Besar / Pengetua sekolah berkenaan.
4. Semua rekod
peribadi dan fail-fail yang berkaitan dengan murid berkenaan hendaklah dibawa
ke sekolah baru yang dipohon setelah diluluskan.
PENEMPATAN MURID DARI KELAS PERDANA.
1. Murid kelas aliran perdana yang dianggap ‘lambat’ dan ‘bermasalah’ yang ingin dimasukkan ke program
pendidikan khas, hendaklah melalui seperti syarat kemasukkan murid baru.
2. Murid ini
tidak boleh diterima masuk tanpa borang pemeriksaan doktor yang lengkap dan
laporan temuduga.
3. Borang
pertukaran biasa tidak boleh dijadikan pengesahan kelulusan / kelayakkan untuk
memasuki program pendidikan khas tanpa kelulusan Unit Pendidikan Khas JPN.
4. Murid
bermasalah dari kelas biasa tidak boleh ditempatkan ke program pendidikan khas
oleh pihak sekolah tanpa melalui proses / syarat seperti murid baru
No comments:
Post a Comment